Store Wordpress Theme

Puasa Ramadhan: Antara Orang Yang Beruntung

http://www.alhusna.info/?p=734

Menurut maksud sebuah hadith, Rasulullah SAW mengaminkan doa malaikat Jibril yang berkata “celakalah orang yang bertemu Ramadhan dan Ramadhan berlalu tanpa mendapat keampunan Allah”, “celakalah orang disebut namamu (nama Rasulullah SAW) tetapi tidak berselawat” dan “celakalah yang masih mempunyai ibubapa tetapi tidak memberi khidmat kepadanya”. Demikian diantara intipati Tazkirah Ustaz Mohd Reza Kamaruddin Al-Banjari pada 12 Ogos 2011 di Surau Al-Husna.

Sehubungan dengan itu beliau mengingatkan para jemaah supaya merenung kembali amalan 12 hari yang lepas sejauh mana telah dimanfaatkan untuk meraih kemaafan dari Allah SWT. Menurutnya alangkah ruginya jika kesempatan yang ada dibelanjakan dengan perbuatan yang sia-sia seperti menonton TV.

Beliau juga menarik perhatian jemaah kepada satu hadith sahih riwayat Imam Tarmizi bermaksud, “sesiapa yang berterawih, kemudian keluar masjid bersama-sama imam, maka ditulis baginya pahala qiamullail”. Bagi mendapat ganjaran ini beliau menggesa supaya para jemaah terus kekal bersolat terawih sehingga sama-sama selesai bersama imam.

Artikel ini adalah ringkasan Tazkirah Ramadhan oleh YBhg Ustaz Mohd Reza Kamaruddin Al-Banjari, 12 Ogos 2011 di Surau Al-Husna, Taman Universiti Indah. Sebarang kesilapan sila maklumkan kepada admin@alhusna.info.

Author: Rofl

Leave a Reply